ImageChef.com

Sunday 17 April 2011

Mahu sertai hari jadi Zizan?


KETIKA ini wajah Zizan Razak laris di mana-mana. Baik di pentas mahupun kaca TV, rezeki Zizan terus melimpah ruah membuktikan dia sedang berada di puncak.
Dia baru saja mengambil alih tempat Wahid Senario bagi program sensasi terhangat, Melodi di TV3 selain berjaya mengendalikan acara kemuncak Konsert Terima Kasih Harian Metro di Dataran Merdeka serta Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang baru berlalu.


Di pentas komedi pula, Zizan sedang berentap dalam program Maharaja Lawak di Astro Prima setiap minggu selain baru menjadi pilihan Diva Las Vegas, Anita Sarawak untuk menghoskan persembahan Minggu Setiausaha 2011 di Shah Alam, minggu lalu.

Pada masa yang sama, Zizan juga antara empat artis popular yang terpilih bagi menjayakan program menarik JomChat yang dicetuskan akhbar nombor satu Malaysia, Harian Metro, dengan kerjasama IDOTTV Sdn Bhd.

Menerusi JomChat, Zizan bersama rakan artis lain, Ana Raffali, Aizat dan Alyah, diberi peluang untuk berkomunikasi secara langsung menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan peminat mereka setiap hari. Ia memang menyeronokkan kerana kesemua artis itu akan menjawab SMS peminat yang bersifat positif, mesra, membina dan menghiburkan.

Bukan sekadar SMS dua hala semata-mata, Harian Metro dengan sokongan pelbagai penaja akan menganjurkan acara santai dari semasa ke semasa mengikut kelapangan keempat-empat artis berkenaan bersama peminat khususnya rakan JomChat di seluruh Malaysia.

Sebagai aktiviti pertama, Harian Metro dan IDOTTV akan menganjurkan majlis ulang tahun hari jadi Zizan ke-27 yang akan diraikan pada 14 April ini, jam 7.30 malam di Kuala Lumpur.

Ia dianjurkan bersama oleh Zizan Fan Club (ZFC) serta Jozan Fan Club (JFC). Acara itu mendapat tajaan pusat karaoke hiburan terkenal Red Box dan dilangsungkan di Red Box Garden, Mid Valley.

"Cara mudah kerana peminat mereka haruslah menyertainya kuiz yang dipertandingkan dalam JomChat. Caranya mudah, anda hanya perlu taip ON ZIZAN dan hantarkan ke 33333 untuk mengambil bahagian dalam kuiz mudah itu, sekali gus menjadi rakan JomChat.

"Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga Zizan menyiarkan dua soalan kuiz yang berbeza pada 10 & 11 April ini," kata Roslen. Katanya seramai 20 pemenang bertuah di kalangan rakan JomChat akan dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan menjawab soalan berkenaan.

Nama pemenang akan diumumkan dalam JomChat secara SMS pada esok (Selasa). Bagi pemenang yang tidak dapat menghadiri majlis itu, secara automatik ia akan digantikan dengan pemenang lain.

Kata Zizan dia sangat gembira dengan acara yang dianjurkan buat dirinya.

"Seumur hidup, saya tak pernah sambut hari dengan keluarga mahupun peminat, jadi apatah lagi secara eksklusif seperti ini. Tentunya majlis ini akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya," kata Zizan yang baru memenangi trofi Artis Komedi Lelaki Popular.

Bagi peminat yang belum menjadi ahli JomChat segeralah mendaftar JomChat dengan caj berpatutan.

No comments:

Post a Comment