ImageChef.com

Wednesday 4 May 2011

HOBIN4EVER!!

                      HIDUP MATIKU NOGHORI!!
                      HOBIN JANG HOBIN!!
https://www.facebook.com/pages/Hobin-4-EVER/168860753170323?sk=wall

Monday 2 May 2011

'Osama Bin Laden' Tidak Pernah Wujud



Dalam sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul “The Power of Nightmares” pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda sebenarnya merupakan ‘rekacipta‘ yang tidak pernah ada kebenarannya. Sebenarnya mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya mencipta ‘story line’ mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika Syarikat.
Jadi siapa Osama sebenarnya? Osama yang kenali selama ini, menurut sumber yang saya dapat adalah agen CIA yang bernama Tim Osman. . Ada beberapa bukti tentang kehadiran Tim Osman di  White House dan di beberapa pangkalan tentera AS, bahkan menerima demonstrasi khas penggunaan persenjataan terkini oleh tentera AS.


Klik------>(Bukti Amerika mencipta al-Qaeda)









Mengapa hal ini tidak dilaporkan di media utama di Barat? Adakah Osama Bin Laden satu alat konspirasi untuk menjatuhkan Islam? Kebanyakan rakyat Afghanistan juga mengakui mereka tidak pernah mendengar nama al-Qaeda dan Osama Bin Laden sebelum serangan 11/9.

Bukti propaganda Amerika.

Pengeditan imej osama:




*Apabila melihat biodata osama ben laden didalam wikipedia, kebanyakan ahli keluarganya dilaporkan mati akibat nahas pesawat udara. hmm..? Tetapi tahun lepas tidak silap saya osama ben ladin ini mengeluarkan video yang menyeru umat islam membantu mangsa banjir di Pakistan.. Sungguh celaru.. Semoga Allah memelihara dan memberi petunjuk kepada kita.


Thursday 28 April 2011

Mamat Khalid bakal sertai UMNO Gopeng

IPOH: Selepas penyertaan Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida, UMNO Perak akan menerima seorang lagi selebriti sebagai anggota apabila pengarah filem, Mamat Khalid menyertai parti itu tidak lama lagi. 

Mamat, yang berasal dari sini, mengesahkan hari ini beliau akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng "kerana itu adalah tradisi keluarga".


Minggu lalu, beliau menemani AC Mizal yang menyerahkan borang menyertai UMNO bersama-sama 500 yang lain dalam program "Jom Sertai UMNO" anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman, berkata sejak akhir- ini memang terdapat perubahan mendadak di mana selebriti dan golongan muda mulai memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka. 

"Saya harap trend ini akan terus meningkat di masa depan terutama menjelang pilihan raya umum akan datang dan seterusnya," katanya. - BERNAMA 

Wednesday 20 April 2011

Filem Untuk Usop Wilcha Dah lama Dirancang oleh Mamat Khalid



Impak yang diterima daripada penonton bagi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) adalah sangat luar biasa. Sehinggakan setiap dialognya kini menjadi ikutan dan ingatan ramai. Antaranya adalah ayatnya yang menjadi trend kini iaitu "cer citer cer citer" dan "kita bakor, kita bakor".
Malah, apa yang paling diingati dan disukai adalah watak Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, 46, sebagai Usop Wilcha dalam filem tersebut. Bagai sudah menjadi fenomena pula apabila setiap gerak gerinya dan katanya dalam HKLBR kini telah menjadi tarikan, perhatian dan ikutan sehingga kini.
Maka, tidak khairanlah jika pengarahnya, Mamat Khalid memberitahu dia bakal tampil pula dengan sebuah filem khas yang memberikan penekananan pada watak Usop Wilcha dalam HKLBR. Apa yang pasti, filem tersebut kini dalam proses pre-production.
"Terus-terang saya katakan, Shy8 memang seorang yang sangat bekerja keras dan komited pada kerjanya. Jika tidak, saya tak rasa dia boleh sampai ke tahap ini. Ini kerana apa yang saya tahu bukan mudah untuk dia capai seperti apa yang dia dapat sekarang.
"Dia sudah mula berlakon dari tahun 2001 lagi iaitu semasa saya mengambilnya sebagai pelakon tambahan dalam filem Lang Buana. Namun bakat dan kebolehannya belum menonjol waktu itu dan ramai tidak menyedari kewujudannya sehinggalah dalam HKLBR.
"Saya tak terkejut dengan apa yang telah diterima sekarang dan saya telah pun menyiapkan pre-production untuk filem khas buat wataknya iaitu berjudul Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.Filem yang akan mengangkat watak Usop Wilcha sebagai peneraju utama filem ini dijangka bakal memulakan penggambaran pada bulan Julai 2011.
"Sebenarnya perancangan untuk menghasilkan filem ini sudah pun lama dibuat. Iaitu sebelum HKLBR ditayangkan lagi. Waktu itu, saya dah pun berbincang dengan dia. Seorang lagi adakah Zizan Raja Lawak kerana dia bakal pegang watak sebagai Werewolf daripada Bangladesh itu," katanya kepada murai.com.my
Dalam pada itu, Mamat Khalid juga akui berasa amat bangga dengan populariti dan respon yang diterima oleh Shy8 dari orang ramai. Apatah lagi, Mamat antara orang yang terawal yang mula mencungkil bakat Usop dalam bidang lakonan.
"Alhamdulilah, mungkin dah sampai masanya Tuhan nak bagi rezeki ini kepadanya. Padahal, dia bukannya baru berada dalam industri seni ini. Malah, sejak tahun 1997 lagi dia sudah tampil dengan sebuah album solonya sendiri. Cuma baru kini bakatnya terserlah dan disedari.
"Terus-terang masa pertama kali mengambilnya berlakon saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehannya. Namun saya percaya setiap orang pasti ada keistimewaan dan kebolehan mereka masing-masing. Saya suka pelakon yang on the dot sepertinya.
"Malah saya kini pun sedang berusaha untuk mencungkil banyak lagi bakat baru. Saya rasa kita patut beri peluang kepada bakat baru. Dari situ barulah kita tahu sejauh mana seseorang pelakon itu boleh pergi.
"Sebagai contoh, sekarang ini saya sudah nampak pendatang baru Azwan Anuar yang memegang watak Wak Kaswi dalam HKLBR. Saya rasa dia ada potensi untuk pergi jauh dalam bidang lakonan," kata Mamat Khalid yang ditemui selepas siaran langsung Maharaja Lawak di Finas, Jumaat lalu.

Monday 18 April 2011

Filem Berani Punya Budak


Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.
Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data informasi pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.
Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.

Shuhaimi Abdullah / Tong just arrives at the airport. They were caught by the Interpol and they were interrogated. The Interpol suspected that they are involved with Thai gangsters. Here, Shuhaimi tells us the story that his brother in law.
Just out of jail, Pairot is back to loving a normal life running a restaurant with his brother-in-law, Tong. However one day he gets a call to do one last job to steal client information details from a credit card company. He is forced to do so because the caller has kidnapped Tong and threatens to kill him if it is not done.
Pairot does the job and manages to find and free Tong. But things get worse when he finds that he has been identified as the information thief and now is on the run from the police and Metropolitan Mafia, who turn up to kill Pairot and Tong. They both manage to escape and decide to go to the vice president of credit card to inform them that Pairot was not acting on his own.
However, they discover that they are other forces at work. As they get deeper and deeper they realize that things are not as they seem and that they have been set up completely, and not by the people they thought.
Follow them in the high – impact action as they fight their way to justice.


CAST LIST
Afdlin Shauki : Tong / Shuhaimi Abdullah
Pairote Boongerd : Bee / Pairote
Supakson Chaimongkon : Rita
Sahaschai Chumrum : Kovit
Awie : John
Nabil Raja Lawak : Brother John
Johan Raja Lawak : Detektif Azlan
Adlin Aman Ramlie : Detektif Azman
Riezman Khuzaimi : Kuza
Wanchart Chuncri : Somboon
Sharifah Sofea : Hmeaw
Rapeepan Budthong : Gun
Dean Alexandrou : Mai
Don Ferguson : Don


Sunday 17 April 2011

Mahu sertai hari jadi Zizan?


KETIKA ini wajah Zizan Razak laris di mana-mana. Baik di pentas mahupun kaca TV, rezeki Zizan terus melimpah ruah membuktikan dia sedang berada di puncak.
Dia baru saja mengambil alih tempat Wahid Senario bagi program sensasi terhangat, Melodi di TV3 selain berjaya mengendalikan acara kemuncak Konsert Terima Kasih Harian Metro di Dataran Merdeka serta Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang baru berlalu.


Di pentas komedi pula, Zizan sedang berentap dalam program Maharaja Lawak di Astro Prima setiap minggu selain baru menjadi pilihan Diva Las Vegas, Anita Sarawak untuk menghoskan persembahan Minggu Setiausaha 2011 di Shah Alam, minggu lalu.

Pada masa yang sama, Zizan juga antara empat artis popular yang terpilih bagi menjayakan program menarik JomChat yang dicetuskan akhbar nombor satu Malaysia, Harian Metro, dengan kerjasama IDOTTV Sdn Bhd.

Menerusi JomChat, Zizan bersama rakan artis lain, Ana Raffali, Aizat dan Alyah, diberi peluang untuk berkomunikasi secara langsung menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan peminat mereka setiap hari. Ia memang menyeronokkan kerana kesemua artis itu akan menjawab SMS peminat yang bersifat positif, mesra, membina dan menghiburkan.

Bukan sekadar SMS dua hala semata-mata, Harian Metro dengan sokongan pelbagai penaja akan menganjurkan acara santai dari semasa ke semasa mengikut kelapangan keempat-empat artis berkenaan bersama peminat khususnya rakan JomChat di seluruh Malaysia.

Sebagai aktiviti pertama, Harian Metro dan IDOTTV akan menganjurkan majlis ulang tahun hari jadi Zizan ke-27 yang akan diraikan pada 14 April ini, jam 7.30 malam di Kuala Lumpur.

Ia dianjurkan bersama oleh Zizan Fan Club (ZFC) serta Jozan Fan Club (JFC). Acara itu mendapat tajaan pusat karaoke hiburan terkenal Red Box dan dilangsungkan di Red Box Garden, Mid Valley.

"Cara mudah kerana peminat mereka haruslah menyertainya kuiz yang dipertandingkan dalam JomChat. Caranya mudah, anda hanya perlu taip ON ZIZAN dan hantarkan ke 33333 untuk mengambil bahagian dalam kuiz mudah itu, sekali gus menjadi rakan JomChat.

"Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga Zizan menyiarkan dua soalan kuiz yang berbeza pada 10 & 11 April ini," kata Roslen. Katanya seramai 20 pemenang bertuah di kalangan rakan JomChat akan dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan menjawab soalan berkenaan.

Nama pemenang akan diumumkan dalam JomChat secara SMS pada esok (Selasa). Bagi pemenang yang tidak dapat menghadiri majlis itu, secara automatik ia akan digantikan dengan pemenang lain.

Kata Zizan dia sangat gembira dengan acara yang dianjurkan buat dirinya.

"Seumur hidup, saya tak pernah sambut hari dengan keluarga mahupun peminat, jadi apatah lagi secara eksklusif seperti ini. Tentunya majlis ini akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya," kata Zizan yang baru memenangi trofi Artis Komedi Lelaki Popular.

Bagi peminat yang belum menjadi ahli JomChat segeralah mendaftar JomChat dengan caj berpatutan.

Saturday 16 April 2011

[Video]- Lady Gaga Jatuh Lagi...Kali Ini Jatuh Terlentang!


Kali ini Lady Gaga terlentang di atas lantai selepas terjatuh dari piano yang terbakar dalam satu persembahan.
Cubaan penyanyi yang kerap mencetuskan kontroversi itu untuk melompat daripada alat muzik itu berakhir dengan tragedi apabila dia jatuh terlentang di atas lantai. Bagaimanapun, kejadian tidak dijangka itu tidak menjejaskan penyanyi terbabit kerana dia tetap meneruskan lagu You And I dinyanyikan. Gaga menghentakkan kekunci piano dengan kaki kirinya dan pada masa sama mengimbangi tubuhnya dengan kaki kanan di bangku.


Bangku itu kemudian terjatuh menyebabkan dia terlentang ke lantai. Mungkin penyanyi itu patut memikirkan semula untuk memakai but tumit tinggi ketika membuat persembahan selepas ini.

Kejadian itu berlaku di hadapan beribu-ribu peminatnya dalam konsert di Houston, Texas. Petugas pentas dilihat bergegas untuk membantu penyanyi itu tetapi dia tidak peduli dan meneruskan persembahannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Friday 15 April 2011

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil

PETALING JAYA: Pelakon komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat. Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan muncul pada pertandingan Maharaja Lawak malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki.



Kata Marina, insiden yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.
“Tiada apa yang serius. Hanya kemalangan kecil dan kami tidak apa-apa. Cuma cermin kereta Zizan saja yang pecah. Bagaimanapun, dia akan tetap meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak malam ini,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pertandingan yang melibatkan barisan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima itu, Zizan bergandingan dengan Johan dengan menggunakan nama Jozan.
Persaingan Maharaja Lawak untuk minggu ketiga yang berlangsung malam ini akan menyaksikan penyingkiran tiga peserta.
Dua peserta dengan undian terendah daripada minggu lepas akan disingkirkan sebelum pertandingan manakala peserta yang mendapat undian terendah malam ini akan disingkirkan di akhir rancangan.


Peminat Akim, Tomok histeria



POPULARITI dua penyanyi muda tanah air, Tomok dan Akim sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila setiap kali muncul di pentas hiburan, penampilan mereka mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Walaupun dikenali menerusi dua program realiti televisyen berbeza, namun populariti mereka tetap unggul di mata peminat sehinggakan kedua-duanya dipilih sebagai duta Maxis mempromosikan produk terbaru syarikat telekomunikasi itu, Hotlink Muzik khusus untuk pengguna di Pahang, Terengganu dan Kelantan. 
Sebagai penghargaan kepada peminat, kedua-dua penyanyi popular itu berkongsi pentas di sebuah hotel di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini menerusi konsert khas yang dibawakan Maxis kepada pelanggan mereka.

Memulakan persembahan, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad tampil bertenaga menyampaikan empat lagu popularnya iaitu Inikah Cinta, Bingung, Janji dan Cahaya.

Saat bintang kelahiran Akademi Fantasia 7 itu muncul di pentas, penonton terutama remaja perempuan bagaikan histeria menjerit namanya, malah turut sama menyanyi lagu didendangkannya.

Lebih bermakna Akim yang berasal dari Johor Bahru, Johor pandai mengemudi mood penonton sambil sesekali berinteraksi dengan peminat membuatkan suasana semakin rancak.

Meneruskan kehangatan, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengambil alih pentas persembahan menyanyikan empat lagu popularnya iaitu Bagai Bidadari, Aktifkanku, Merentas Masa dan Pukau.

Kehadiran Tomok yang berasal dari Kuala Lumpur itu sememangnya dinantikan peminat kerana majoriti�nya amat teruja dan turut menghafal lagu dinyanyikannya.

Malah vokalis Newboyz itu juga pandai membuai suasana dengan telatah spontannya berinteraksi dengan peminat dan mengajak mereka untuk sama-sama menyanyi dan menari.

Merancakkan lagi suasana, Tomok dan Akim kemudian bergabung suara menyampaikan dua lagu yang dimuatkan secara khusus dalam pek khas Maxis untuk pengguna pantai timur iaitu Ceria dan Impian, sekali gus mengundang sorakan gemuruh penonton.

Walaupun terasa seperti sekejap, namun melihatkan reaksi peminat, mereka bagaikan terpesona dan berpuas hati dengan persembahan bertenaga Tomok dan Akim selain berpeluang menjayakan pelbagai permainan dan mendapat hadiah menarik disediakan penganjur.

Terdahulu konsert istimewa itu turut mengundang kumpulan Khalifah sebagai artis pembuka pentas yang mendendangkan enam lagu popularnya iaitu Kasihnya Laila, Khalifah, Cintaku Dewi Kamala, Sahiba, Cikgu Ayu dan Lagu Untuk Adinda.

Sementara itu, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Mazlan Mokhtar, berkata pelan khas yang mempamerkan penyanyi remaja terkenal, Tomok dan Akim sebagai duta yang dijual dengan harga RM8.80 seunit itu memberikan pelbagai keistimewaan kepada pelanggannya.

Menurutnya, selain mengandungi enam kad tambah nilai RM8 dengan kemudahan 50 minit masa panggilan dan 100 khidmat pesanan ringkas (SMS), pelanggan juga berpeluang menyaksikan konsert dua penyanyi itu di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

“Pelan istimewa untuk pelanggan pantai timur ini selaras dengan sasaran kita mendekati dan menghargai pelanggan yang sebahagian besarnya golongan muda. Maxis melihat potensi dan peluang pasaran yang sangat meluas di Pantai Timur.

“Daripada segi profil populasi, kita mempunyai jumlah pelanggan yang besar di pantai timur dan dalam masa sama mereka inginkan hiburan. Jadi kita tawarkan pek khas ini yang mempunyai jaringan hiburan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan pantai timur yang mendapatkan pek istimewa Hotlink Muzik itu akan turut mendapat cakera padat (CD) khas mengandungi empat lagu dinyanyikan Akim dan Tomok selain berpeluang menyaksikan konsert artis pujaan mereka.

Katanya, pek sim berkenaan mengandungi satu keping Hot Ticket bernilai RM8 dan lima lagi Hot Ticket bernilai sama akan dikreditkan ke akaun pelanggan pada hari ke -21 setiap bulan selama lima bulan, bermula bulan kedua selepas pengaktifan.

Bagi peminat di Kelantan pula, Tomok dan Akim akan singgah di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu esok, jam 2 petang di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Ia juga lokasi terakhir kempen ini dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Black dan Shidi.

Lebih istimewa, kali ini, Hotlink membawa anak yatim untuk sama-sama menyaksikan persembahan mereka. Tidak cukup dengan itu, satu sesi bertemu peminat diadakan jam 12 tengah hari.

Wednesday 13 April 2011

Usop Wilcha Mengamuk Kepopularitian Disalah Guna, Kita Bakor Je!!!


Inilah bahana bila jadi popular. Semua orang nak amik kesempatan. Mangsa terbaru tak lain tak bukan Usop Wilcha. Khabarnya admin Facebook Usop Wilcha Glamor di Pentas ABPBH2010 mengambil kesempatan menjual barangan seperti T-Shirt, seluar dalam dan saputangan tanpa kebenaran tuan punya. Perkara ini terkantoi apabila salah seorang pembeli menghubunginya berkaitan hal tersebut. Terus Usop Wilcha buat statement di Facebook rasminya.
Dan sebenarnya sudah ada interaksi antara Usop Wilcha dan admin Facebook yang menjual barangan tersebut seperti di bawah.
Gelak tak ingat Kak Limah membaca komen si tuan punya admin. Kak Limah tak rasa penat tahap mana pun kalau setakat nak promote Facebook page seseorang yang dah memang sedia famous. Tapi Kak Limah puji otak tuan punya admin Facebook ini. Memang pandai cari duit. Bawak-bawaklah berbincang. Benda boleh setel. Yang penting kena buang ego masing-masing. Kalau dedua keras kepala sampai mati pun tak habis.
Kalau susah sangat, kita bakor je ~~~~~~~~


USOP WILCHA JADI HERO DALAM FILEM "USOP WILCHA DALAM WEREWOLF DARI BANGLADESH"







Selepas kejayaan filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, nampaknya Pengarah Mamat Khalid dihujani oleh idea yang datang mencurah-curah. Walaupun sekarang ni beliau sedang sibuk menjalani pengambaran filem "Husin, Mun dan Jin pakai Toncet", Mamat masih sempat menulis skrip bagi filem terbarunya selepas ini.


"Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh" adalah tajuk filemnya yang terbaru. Tajuknya memang gempak dan menarik minat penonton sebagaimana Hantu Kak Limah. Mungkin selepas pengambaran filem "Husin, Mun dan Jin pakai Toncit" barulah pengambaran filem Usop Wilcha akan dimulakan.



Apa yang pasti, idea serta perancangan untuk buat filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ini khabarnya dah lama pun dibuat iaitu lepas habis shooting Hantu Kak Limah Balik Rumah lagi.


Takde kena mengena pun dengan fenomena yang dicetuskan Usop Wilcha dalam Malam Kemuncak Anugerah Bintang popular Berita Harian (ABPBH 2010) pada 3 April yang lalu. Lebih-lebih lagi bila semua orang kat dalam Arena Of Stars ikut Usop Wilcha angkat tangan ke udara.


Malah, awal-awal lagi, Mamat Khalid dah pun duduk berbincang dengan Shay8 serta beberapa pelakon yang dirasakan sesuai untuk memegang watak dalam filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh termasuklah bintang Raja Lawak, Zizan..






Nak tahu Zizan jadik apa? Haa...Kalau nak tahu, Zizanlah yang jadik Werewolf dari Bangladesh tu. Tapi, apa ceritanya Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ni, toksah tanya. bokbong pun tak tahu. Semuanya ada kat dalam kepala si Mamat, adik Datuk Lat tu..

Tuesday 12 April 2011

Lawak fitnah Jozan dalam Maharaja Lawak

Video ini adalah persembahan JOZAN minggu ke dua Maharaja lawak yang disiarkan secara langsung di Astro Prima. Lawak mereka memang menghiburkan namun, telah tanpa di sedari lawak mereka secara tidak langsung telah memfitnah pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof sebagai seorang kaki mabuk dan kaki clubbing. Ini telah memalukan keluarga besar Yusof Haslam. Saya bukanlah peminat fanatik Syamsul Yusof, tapi setelah menyaksikan lawak yang memualkan seperti ini, terfikir sejenak adakah benarkah syamsul yusof kaki mabuk dan kaki clubbiing? Menurut informasi terdekat salah seorang keluarga besar Yusof Haslam, lawak yang dilakukan adalah FITNAH dan telah memberi keaiban kepada seluruh keluarga besar Dato’ Yusuf Haslam.
Perlukah JOZAN menggunakan sentimen seperti ini utk melawak? Setelah Aznil Nawawi dan Dafi serta Ayahnya, pernah di jadikan bahan lawak, kini Syamsul Yusof dan ayahnya, Datuk Yusof Haslam pula yang menjadi mangsa lawak “fitnah” JOZAN. Harap pihak media dapat menyebarkan message ini untuk menyedarkan kumpulan lawak di Malaysia agar berhenti menggunakan sentimen lawak yang melampau seperti ini untuk menarik perhatian orang ramai.


Hujan Air Batu Di Gurun Sahara

Info ringkas mengenai hujan batu atau hujan air batu :
Hujan batu terbentuk dalam awan kumulonimbusapabila kekuatan alir naik udara menyebabkan batuannya berpusing berulang-alik dalam awan, sehingga menyebabkan ketulan hujan batu terbentuk berlapis-lapisan sehingga cukup berat untuk jatuh dari awan.


















Ameng Spring Kena Hukuman Penjara 8 Tahun dan 10 Sebatan



MELAKA: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.
Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.
Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.
Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.
Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. -BERNAMA

Cerite Hantu Kak Limah Balik Rumah Adalah Kisah Benar.





Haa tuk pengatahuaan korang semua, cerita arahan Mamat Khalid yang sekarang sangat-sangatlah fofular dengan dialog yang LAWAK macam, Cer Cite,Hussinnnn, Sole sole dan banyak lagi yang mana cerita ini kalau korang tahu adalah kesinambungan dari cerita arahan beliau juga sebelum ini iaitu Zombie Kg Pisang. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah bukan sebarang cerita dongeng yang di filemkan untuk tontonan U-Umum yang boleh ditonton oleh budak-budak yang berumur 13tahun keatas sahaja, malah cerita ini juga mempunyai MISTERIII disebalik tajuk cerita itu sendiri. Hahaha korang dah mula seram dah ye hahaha Untuk pengatahuaan korang semua, cerita ini mempunyai kisahnya yang tersendiri berdasarkan kisah benar. Kalau korang nak tahu kisah disebalik cerita ini, aku letak dibawah ini ceritanya, korang bacalah sampai habis k.



” Awal 70an. satu penempatan baru telah di buka lebihkurang 4km dari kampong aku. dahulunya kawasan itu penuh dengan lombong tinggal dan ketika itu telah ditebusguna dijadikan kawasan penempatan baru untuk menampung sebahagian besar dari penduduk melayu yang semakin meningkat di kawasan selatan ipoh ini. (melayu di sini aku satukan antara bugis jawa boyan mendeling dsbnya).
untuk sampai ke kawasan kampong baru ini kita harus melepasi semak samun lombong tinggal dan 4 jenis tanah perkuburan. mula-mula tanah perkuburan Islam selepas itu jirat Cina di ikuti dengan kubur hindu dan akhir sekali kami panggil kubur tiada bertanda kerana di situlah tempat perkebumian mayat-mayat yang tiada di claim atau waris di hospital atau rumah kebajikan. ada yang menceritakan kubur ini tidak di gali dalam menyebabkan anjing2 mengorek dan melarikan kepala lutut atau tulang kaki mayat yang ditanam cetek itu. itu di tahun 70an. mereka tidak peka seperti kita rakyat bertamadun tinggi sekarang.
amat payah bagi mereka yang tinggal di sini jika tidak mempunyai kenderaan. tiada bas atau teksi yang mahu masuk ke ke kampong ini. bayangkan kesusahan mereka ingin pulang ke rumah di waktu malam. nama kampong ini ada disebut di dalam film hantu kak limah tetapi hanya pada background dailognya sahaja ketika Usin mencari Che Nin di belakang warung Pak Jabit.
kisah hantu kak limah bercambah dari kampong ini. nama makcik ini bukan kak limah. namanya sangat indah tetapi tidak perlulah kita mengetahui nama sebenar itu. makcik ini tinggal di hujung kampong bersama suaminya yg sangat pendiam sehinggakan di hari kematiannya suaminya hanya duduk diam tiada memberi apa2 reaksi. orang kampong beramai-ramai menyempurnakan perkebumian makcik ini.
selang beberapa malam setelah jenazah beliau selamat di kebumikan, beberapa orang kampong mula telah terserempak dengan jenazah makcik ini dengan rambut mengerbang berjalan mencari jalan balik ke rumah. tangannya mengapai-ngapai memanggil nama suaminya. seram citer ni. aku yg tengah menulis ni pun sekalisekala melihat ke belakang aku takut ada yang mencongok duduk kat tingkap melihat lak hish seriau dah nih! kerh kerh kerh!
orang kampong mula bercerita. mereka semakin takut kerana setiap malam pasti ada yang terserempak dengan hantu ini. mereka berbincang dan keputusan di buat untuk memanggil bomoh supaya mententeramkan keadaan. berbagai bomoh dipanggil namun hantu makcik itu tidak dapat di halau malah semakin dirasai kehadirannya berdiri di tingkap-tingkap rumah penduduk kampong memanggil nama suaminya!
seorang kiyai di panggil dan beliau mengajak mereka supaya pergi ke rumah arwah untuk berjumpa dengan suaminya itu untuk memaafkan segala kesalahan yang arwah telah lakukan jika ada. ketua kampong bersama anakbuah berramai-ramai pergi ke rumah itu dan berjumpa dgn suaminya dan menceritakan keadaan yang telah menimpa arwah isterinya itu dan memohon beliau supaya memaafkannya.
setelah di beritahu oleh kiyai itu barulah mereka faham bahawa arwah telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya sehingga bingung dan rohnya kembali untuk memohon maaf. namun tiada kemaafan yang boleh diperolehi kerana suaminya sudah hilang akal tiada faham dengan keadaan di sekelilingnya. azablah roh itu tiada diterima bumi kut.
aku masih kecil lagi ketika insiden itu berlaku dan tiadalah aku tahu dan ingin tahu ketika itu akan kesudahannya. mungkin aku terlalu takut.”
(Kredit to Mamat Khalid)

Monday 11 April 2011

Impak HKLBR, Fenomena Usop Wilcha Kini Dah Jadi Culture!




Penghujung minggu lalu sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) hampir tiba kemuncak siarannya, audiens di dewan serta penonton di rumah dikejutkan dengan kemunculan dua watak komedi dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan sutradara Mamat Khalid untuk menyampaikan keputusan bagi anugerah terbesar pada malam itu.
Sudahnya, satu dewan arena gamat gelak tawa audiens yang nyata sangat terhibur dengan telatah Shy8 yang memegang watak Usop Wilcha serta Johan sebagai Abi Hurairah (nama wataknya sahaja sudah menggelikan hati). Jika difikirkan rasionalnya, tiada signifikan membawa watak-watak ini ke atas pentas, tetapi jika dilihat dari perspektif berbeza, mungkin penganjur ingin mengurangkan debaran serta menghiburkan calon-calon yang sedang gelisah menanti keputusan siapakah bakal pemenangnya.
Justeru timbul pula satu persoalan, sejauh manakah kuatnya impak filem HKLBR ini sehingga apa sahaja yag dituturkan atau gerak tubuh dari watak-watak filem ini, sudah dapat ditangkap penonton. Ini boleh dirungkaikan dengan melihat sendiri pada filem HKLBR yang padat dengan stail komedinya yang sarkastik, sinikal, serta parodi yang berat dalam dialog-dialognya.
Dialog-dialognya? Ya, dialog-dialoglah yang merupakan 'senjata' terkuat dalam filem ini. Jika direnung kembali, selepas filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, jarang ada filem yang kita ingat akan dialog-dialognya seperti mana kita kita ingat dialog dalam filem HKLBR.
Ambil contoh, trend ayat "cer citer, cer citer" kini mula berleluasa di kalangan media, remaja-remaja sekolah atau sesiapa saja yang pernah menonton filem ini. Penggunaan ayat itu acap kali digunakan apabila kita ingin bertanya tentang sesuatu peristiwa dikalangan sahabat handai kita dan tanpa sedar, pengaruh HKLBR mula meluas dikalangan masyarakat majmuk hari ini.
"Kita bakor, kita bakor", satu lagi dialog yang bila dituturkan saja, terbayang adegan betapa semangatnya Usop yang ingin menyelesaikan masalah hantu yang melanda Kampung Pisang dengan membakar rumah Kak Limah sendiri. Tak dilupakan aspek Usop meminta persetujuan penduduk kampung yang mana, sesiapa yang setuju dengannya membakar rumah Kak Limah, perlu mengangkat tangan sambil menggoyangkan dengan penuh gemalai. Babak ibarat melekat di dalam otak dan apabila diimbas tayang, kita pasti tersenyum sendirian.
Banyak lagi babak yang meninggalkan kesan sebenarnya dalam filem ini, contohnya babak cemas ngeri di mana Usop digeles kubota oleh Wan Kaswi yang sedang seronok bercakap di telefon tanpa sedar jenteranya bakal menjadi penyebab Usop hilang keupayaan diri dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda (wheel chair, yang mana kemudian disebut sebagai wilca oleh penduduk kampung).
Babak itu telah dirakamkan secara long shot, oleh itu keadaan yang sepatutnya ngeri dan tak lepas tapisan LPF, (Usop terbaring dengan pancutan darah yang tersembur dari kubota dan dalam masa yang sama, Wan Kaswi masih tidak sedar dan bergelak menggunakan telefon) telah menjadi babak komikal dan kita masih boleh ketawa sedangkan ia sepatutnya memberikan kesan yang sadis.
Filem ini juga tanpa kita sedar atau tidak, terdapat babak yang senagaja dibuat palsu untuk menyindir negara jiran kita, Indonesia. Babak merapu di mana Sofi Jikan sebagai Wak Joko Erwin Anwar telah mengalahkan mummy di Mesir dan kemudiannya menewaskan Yeti, sejenis makhluk mitos ala-ala Big Foot. Babak itu sengaja dibikin sebegitu "fake" untuk menyindir Indonesia dan kemudian Wak Joko Erwin Anwar ini tewas dengan sekali penampar dari Kak Limah.
Permainan psikologi yang membangkitkan isu-isu masyarakat Melayu juga begitu kerap sekali dibangkitkan dalm filem HKLBR. Salah satu adegan klise ialah Husin yang kini telah merantau ke luar kampung, kembali dengan motor besar sebagai tanda dia sudah berjaya. (Bukankah kerap terjadi dalam masyarakat Melayu anak kampung keluar kampung dan kembali dengan kerjaya? Dan kejayaan itu diterjemah dengan kenderaan mewah).
Juga isu Usop yang kini menjadi orang kurang upaya terpaksa menggunakan kerusi roda bantuan kerajaan. Punyalah hendak dijaga kerusi roda itu, sampaikan nampak hantu pun, Usop terpaksa 'berlari' sambil menolak kerusi roda itu.
Oh ye, program realiti TV yang menjadi pengaruh utama intelektual masyarakat kampung juga disentuh apabila Husin secara sinis bertanya kepada Kak Limah, "Tak tengok Akademi Fantasia ke Kak Limah?". Harus diingat, kegilaan program realiti TV adalah lebih berleluasa di kalangan kelompok masyarakat kampung berbanding mereka yang berada di kawasa bandar.
Itu belum lagi disentuh isu-isu mentaliti,sosial-politik orang Melayu seperti isu subsidi, jumud, PPSMI, hospitaliti dan kesihatan. Semuanya dibangkitkan dengan nada sinis oleh Mamat Khalid sebagai pengarah filem ini.
Keseluruhannya, di sebalik pelbagai kelemahan aspek teknikal filem ini, nyata ia telah mencapai status cult sekarang di mana pelbagai perbuatan masyarakat marhaen hari ini, adalah ibarat homage kepada filem itu (yang mana juga merupakan homage kepada sesuatu yang lain seperti MTV Muzikal Husin dan Che Nin untuk lagu Cinta Kristal).
Syabas untuk Mamat Khalid kerana telah berjaya mencipta satu budaya dan fenomena. Adakah pengarah lain yang boleh mencetuskan satu lagi fenomena seperti ini atau Mamat Khalid sendiri mampu mengulangi kejayaannya? Kita tunggu...